English Bahasa Malaysia
Terma dan Syarat
Kami menyediakan anda dengan keupayaan tertentu untuk mentadbir dan menyaring mengenai pilihan, penggunaan dan perkongsian kami untuk maklumat anda. Selaras dengan Akta Perlindungan Maklumat Peribadi 2010, tugas mentadbir dan menyaring untuk anda boleh termasuk:
  1. Membetulkan, mengemaskini dan memadam akaun pendaftaran anda
  2. Sama ada untuk menerima daripada kami berkenaan tawaran dan promosi bagi produk dan perkhidmatan kami, atau produk dan perkhidmatan yang kita fikir mungkin menarik minat anda.
  3. Meminta akses kepada maklumat peribadi, samada yang sedia ada dengan kami dan yang telah dipinda dan dipadamkan dan meminta dari pihak ketiga yang berkongsi maklumat sama.
Anda boleh melakukan tugas mentadbir dan menyaring maklumat anda, dengan melawat www.mybsn.com.my. Sebagai peringatan untuk anda, jika anda tidak membenarkan kami untuk mengumpul maklumat peribadi daripada anda, kami mungkin tidak dapat untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan tertentu kepada anda.

Nota:
Maklumat Peribadi bermaksud maklumat yang mengenal pasti (sama ada secara langsung atau tidak langsung) individu tertentu seperti nama, alamat  individu, alamat e-mel dan nombor telefon. 
Bank Simpanan Nasional tidak akan mendedahkan Maklumat Peribadi tanpa mendapat izin Pemberi Maklumat Pelanggan dan pelanggan terlebih dahulu.
Bank Simpanan Nasional akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi Maklumat Peribadi daripada penyalahgunaan atau akses tanpa kebenaran dan memastikan ketepatan Maklumat Peribadi pada setiap masa serta akan menyimpan Maklumat Peribadi lebih lama daripada yang perlu bagi tujuan permohonan ini.
© 2024  Bank Simpanan Nasional   |   Terma dan Syarat
Versi 2.2